Makan di mana? - Grace Point, Kota Kinabalu
Author: Linda Amri // Category: Grace Point Kota Kinabalu, Tempat makan menarik
Tugu peringatan bagi memperingati Tun Fuad Stephens


Antara pemandangan ruang makan di Grace Point

Menu pilihan saya - jus nenas dan nasi goreng nyonya
Kali ini saya bawakan kepada anda satu lagi tempat makan yang menarik di Kota Kinabalu. Saya memang tidak senang hati kalau tidak buat entri untuk Grace Point - the Secret Garden, Kota Kinabalu. Sebabnya, inilah tempat makan yang walaupun agak ekslusif tetapi amat mendamaikan dan memberikan keselesaan yang teramat.
Grace Point yang dibina berhampiran dengan Grace Court Apartment di tengah bandar Kota Kinabalu ini bukan sahaja menempatkan pelbagai gerai makanan tetapi juga taman permainan untuk kanak-kanak dan taman rekreasi untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti senaman dan riadah pada sebelah pagi dan petang.
Tapak Grace Point ini sebenarnya adalah tapak tempat kapal terbang yang membawa rombongan Tun Fuad Stephens terhempas pada tahun 1976 (masa itu saya belum sampai umur satu tahun pun). Sebagai memperingati peristiwa tersebut, sebuah tugu peringatan dibina di dalam tapak Grace Point.
Sekiranya anda berkunjung ke Kota Kinabalu, pastikan anda jejakkan kaki di sini.
Apa yang saya suka tentang Grace Point?
1. Tempat makan yang selesa dengan ruang yang tinggi di antara lantai dan bumbung.
2. Tandas yang cukup selesa seolah-olah berada di dalam taman ala bali dengan haruman aroma terapi dan alunan muzik yang amat menyenangkan dan memberikan ketenangan fikiran (rasa nak duduk lama-lama dalam tandas).
3. Pelbagai menu pilihan makanan dari makanan tempatan dan tradisional Sabah sehingga makanan antarabangsa seperti Korea dan Jepun.
Menu yang paling disukai?
Nasi goreng nyonya, roti tisu dan jus buah-buahan yang asli.
Selamat menjamu selera!
Klik di sini untuk lagi cerita mengenai Grace Point.

























